BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Tuesday, April 20, 2010

Pengangkutan untuk ke Pulau Tioman....

Kereta

Dari Johor Bahru, gunakan Lebuhraya Tebrau dan pandu menuju ke Mersing menerusi Kota Tinggi. Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak menerusi Temerloh, Kuantan, Pekan, Kuala Rompin,Tanjung Gemuk ke Mersing. Anda juga boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur menerusi Seremban, Bahau, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Tanjung Gemuk ke Mersing.


Bas, Teksi
Perkhidmatan bas ekspress boleh didapati dari Singapura di Newton Circus Court dan Stesen Bas Jalan Sultan. Dari Kuala Lumpur, perkhidmatan bas dan teksi boleh didapati dari Hentian Bas Puduraya. Bas bertolak pada waktu tengahari dan pukul 11.30 malam. Teksi boleh bertolak pada bila-bila masa. Perjalanan dijangka memakan masa selama 5-6 jam.

Bot
Pulau Tioman boleh dikunjungi dengan menggunakan bot dari Tanjung Gemok di Pahang dan Mersing di Johor. Perjalanan ini memakan masa selama lebih-kurang 1 1/2 jam.

Penerbangan
Berjaya Air menyediakan penerbangan harian dari Kuala Lumpur dan Singapura ke Pulau Tioman yang memakan masa lebih-kurang 45 minit.



0 comments: